Thursday 7 April 2011

AIRKU , AIR MALAYSIA.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , air bermaksud cecair yang terbentuk daripada 2 bahagian hidrogen dan 1 bahagian oksigen , dalam konteks lain , cecair yang berada dalam keadaan yang murni yang tidak mempunyai warna , bau , dan rasa .
Air sangat penting untuk kegunaan seharian tetapi telah disalahgunakan oleh segelintir pihak yang mengakibatkan kerugian yang amat besar . Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) telah menyatakan bahawa 97 peratus adalah air laut , 2 peratus adalah air dan salji dan hanya 1 peratus air di darat . Ini menujukkan betapa pentingnya air walaupun hanya sedikit sahaja kuantitinya .
Tidakkah mereka rasa bahawa air adalah sumber yang beraneka kegunaannya ? Sedarkah mereka betapa pentingnya air untuk sesebuah negara ?






Air sangat banyak digunakan oleh kerana penduduk di Malaysia semakin hari semakin bertambah . Air sangat perlu untuk kegunaan harian seperti mandi , minum , mencuci pakaian dan sebagainya , lebih penting lagi untuk
sektor pertanian , perindustrian dan pengangkutan yang menjadikan Malaysia lebih membangun . 


Bagi sektor pertanian , sebagai contoh empangan dan saliran air dibina untuk membekalkan air yang cukup untuk mengairi kawasan sawah padi dan kawasan pertanian yang lain .




Bagi sektor perindustrian pula , air dijadikan sebagai mekanisme yang membolehkan jentera bergerak dengan berkesan . Manakala untuk sektor pengangkutan , air sungai digunakan sebagai jalan utama untuk membawa hasil pertanian untuk dijual . Selain itu , air dijadikan sebagai tarikan pelancong . Kawasan - kawasan yang mempunyai air terjun akan menjadi destinasi yang terbaik bagi sesebuah keluarga terutama pada cuti sekolah .






Antara punca mengapa air tercemar ialah akibat perbuatan manusia . Sikap tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah ke dalam sungai membawa kepada pencemaran sungai . Selain itu , kepesatan pembangunan juga penyumbang kepada pencemaran air sungai dengan menyalurkan sisa toksik dan sisa industri ke dalam sungai . Kemudian , keadaan ini semakin menjadi - jadi apabila terdapat juga pengusaha ternakan yang membuang sisa haiwan ke dalam sungai .





Selari dengan itu , air tercemar juga akibat kumbahan dan najis ternakan yang disalurkan akan diurai oleh bakteria . Proses ini dinamakan penguraian yang membabitkan oksigen menyebabkan ikan dan hidupan akuatik lain mati . Penambahan bahan kimia organik seperti racun perosak , pewarna dan sebatian plumbum yang bertoksik juga akan menyebabkan kualiti air rosak .
Selain itu , bahan radioaktif dari kilang yang larut ke dalam sungai menyebabkan kehidupan manusia dan hidupan akuatik terancam .


Akibat daripada masalah tersebut , maka timbullah kesan yang buruk . Antaranya ialah penurunan kualiti air yang menjadi sumber minuman . Ini akan menyebabkan manusia akan kekurangan air ditambah lagi dengan musin kemarau yang panjang di Malaysia . Selain itu , hidupan akuatik akan mati kerana kekurangan oksigen dalam air . Seterusnya , penduduk pendalaman kehilangan punca rezeki kerana sungai yang dijadikan tempat mata pencarian telah dicemari .




Credit to Goggle Images ;)

No comments:

Post a Comment