Tuesday 14 June 2011

FAKTA TENTANG AIR

Seluruh mahluk hidup di permukaan Bumi ini tentu memerlukan air, berikut fakta tentang air yang layak kita tahu.


1. Air tidak berbau, tidak berasa, dan berbentuk cairan telus pada suhu bilik.

2. Air meliputi 70% dari permukaan bumi, baik berbentuk air laut, sungai, danau dan gunung es.

3. Sialnya, 97% air yang ada di bumi ini masin dan hanya 3% nya yang berbentuk air segar. Dengan jumlah populasi manusia 6,8 juta (perkiraan wikipedia) di Bumi ini dan memerlukan air untuk minum .

4. Air boleh menghasilkan energi listrik. Diperkirakan 24% (sekitar 675.000 megawatt) dari tenaga elektrik Dunia berasal dari tenaga air menurut National Renewable Energy Laboratory. Bandingkan dengan kapasitas elektrik terpasang kita sekitar 24.700 megawatt

5. 60 % lebih tubuh manusia terdiri dari air (berbeza menurut usia dan jenis kelamin). Dengan perincian 83% darah kita terdiri dari air, 70% otak kita terdiri dari air, dan 90% paru-paru kita terdiri dari air.

6. Air dapat berubah bentuk. Membeku (dibawah nol derajat Celsius), berbentuk cairan di suhu bilik, dan berbentuk wap pada temperatur 100 darjah Celsius keatas.

7. Air juga berpengaruh terhadap iklim di permukaan bumi.



:: Minum ::


:: Mandi ::


:: Basuh baju ::


:: Basuh pinggan ::


Credits to Goggle Images ;)

KITARAN AIR

Kitaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang agak baik ialah lautan. Matahari, yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara. Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan. Sebahagian kerpasan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan glasier. Salji di iklim lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi. Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai 'luahan' air tanah. Terdapat juga air yang akan dipancut keluar sebagai 'matair' daripada celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang cetek pula diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa yang lama. 


Contoh gambar kitaran air :)





Credits to Goggle Image ;)